PENGENALAN

    Pakar pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah murujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata yang  sebenar, bergaul tapi tidak bercampur. Setiap kaum mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri.  J.S. Furnival merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurutnya, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya,bahasa, adat resam dan agama tersendiri. Walaubagaimanapun, kepelbagaian kaum ini tetap berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan.

     Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, Orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera. Petempatan Orang Melayu di negara ini telah diakui sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Akibat perkembangan ketamadunan manusia, dunia melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing. Hasilnya, terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.

     Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, Semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh Orang Melayu Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain, kini telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.

Popular posts from this blog

KESAN BURUK PERHIMPUNAN HARAM

RUMUSAN & KESIMPULAN

DEFINISI HAK BERHIMPUN