PERATURAN BERKAITAN KEBEBASAN BERHIMPUN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);
(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

PERATURAN PENGANJURAN PERHIMPUNAN DI MALAYSIA

Antara kandungan utama dalam APA2012 ini adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya termasuklah:

• Kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

•  Dilarang berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan larangan seperti mana yang disenaraikan, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat.

• Protes jalanan tidak dibenarkan sama sekali.

• Seksyen 8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.

• Seksyen 9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;

• Seksyen 21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak tidak melebihi RM20,000;

• Seksyen 20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa,kanak- kanak untuk perhimpunan;

• Berumur kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.

• Notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

Popular posts from this blog

KESAN BURUK PERHIMPUNAN HARAM

RUMUSAN & KESIMPULAN

DEFINISI HAK BERHIMPUN