PENGENALAN
Pakar pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah murujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tapi tidak bercampur. Setiap kaum mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri. J.S. Furnival merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurutnya, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya,bahasa, adat resam dan agama tersendiri. Walaubagaimanapun, kepelbagaian kaum ini tetap berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan. Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, Orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumipu...