Posts

Showing posts from December, 2017

PENGENALAN

    Pakar pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah murujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam erti kata yang  sebenar, bergaul tapi tidak bercampur. Setiap kaum mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri.  J.S. Furnival merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurutnya, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya,bahasa, adat resam dan agama tersendiri. Walaubagaimanapun, kepelbagaian kaum ini tetap berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan.      Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, Orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumipu...

DEFINISI HAK BERHIMPUN

Hak berhimpun ialah hak  asasi manusia untuk berkumpul  secara aman untuk menyuarakan  pendapat bagi kepentingan bersama.  Ini termasuk hak untuk berhimpun di  tempat awam, membentuk kumpulan dan untuk berarak.  Kebebasan berhimpun adalah asas  kepada sistem demokrasi yang  matang. Ia membolehkan rakyat  menyuarakan pendapat tentang isu- isu semasa secara kolektif dan  menekan kerajaan untuk menunaikan tuntutan rakyat.  Kebebasan inilah yang mampu mendorong rakyat untuk bersatu padu  dan mengukuhkan suara kolektif  bagi menuntut kepentingan  bersama.

PERATURAN BERKAITAN KEBEBASAN BERHIMPUN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN. (1)   Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4); (a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran; (b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata; (c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan; (2)  Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan: (a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan; (b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya pe...

AKTA PERHIMPUNAN AWAM 2011

Satu akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan untuk menyediakan suatu sekatan yang dirasakan perlu dan apa-apa usaha yang berhubung dengan hak tersebut di dalam kepentingan keselamatan Persekutuan Malaysia atau apa-apa bahagian atau peraturan awam termasuklah melindungi hak kepentingan dan kebebasan insan lain, dan untuk memberikan apa-apa sahaja yang berkaitan. Akta Perhimpunan Aman 2011  merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak . Ciri-ciri selepas pindaan Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa  senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut: (a)  seseorang bukan warganegara;  (b)  perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat laran...

KESAN BAIK PERHIMPUNAN RASMI

Image
Kebaikan perhimpuan rasmi dapat kita rasai apabila kita mematuhi peraturan-peraturan berhimpun yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia, antaranya ialah; Memupuk Perpaduan Hikmah perhimpunan rasmi ialah dapat memupuk perpaduan masyarakat majmuk dengan mengadakan aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai kaum mengambil bahagian. Berkongsi Idea-idea Setiap individu dapat berkongsi idea-idea mereka untuk memajukan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial serta membincangkan cabaran yang dihadapi negara lalu bertukar pendapat bagi menangani masalah atau cabaran tersebut. Membentuk Negara Aman Akhir sekali, dapat membentuk negara yang aman  dan bersepadu apabila mereka saling hormat-menghormati dan memahami hak masing-masing. Dengan cara ini, negara kita berpotensi menarik minat pelabur-pelabur dari luar datang ke Malaysia kerana mereka melihat negara kita bebas dari bencana alam dan kurang berlaku rusuhan atau pergolakan kaum malahan dapat bertukar-tukar ilmu d...

PENDAPAT DATUK MUKHRIZ MAHATHIR TERHADAP PERHIMPUNAN HARAM

Perhimpunan haram yang berlangsung pada tahun 2009 yang lalu memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir. Katanya perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun. Mukhriz berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha itu. “Banyak pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan pada asalnya. “Sekarang, jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian...

KESAN BURUK PERHIMPUNAN HARAM

Image
Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini. Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan. ...

RUMUSAN & KESIMPULAN

Hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut membuka ruang untuk seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata. Hak berhimpun diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik (ICCPR). Dalam sebuah masyarakat sivil yang demokratik, adalah amat penting untuk suara rakyat disampaikan ke peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung atau tidak, dan salah satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-masing melalui perhimpunan aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses luah perasaan untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar negara. Disebabkan kuasa yan...

RUJUKAN

BUKU 1. Pengajian Malaysia oleh Dr. Mardiana Nordin; Hasnah Hussin (Oxford Fajar) 2. Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh Mohd Aris Hj Osman (Fajar Bakti 1983) INTERNET 1.  https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia 2.  http://www.parlimen.gov.my/ 3.  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/355436/najib-rasmi-perhimpunan-gen-y-di-melaka 4.  https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/12/359418/wanita-umno-rangka-program-perkasa-wanita 5.  http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm 6.  http://kedaikopi32.blogspot.my/2015/09/bersih-4-amat-kotor-lagi-mngotorkan.html